Cakra adalah perkataan dari bahasa Hindi, yang bermakna “roda tenaga” cakra memetakan pusat-pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi. Aliran tenaga inilah yang mengawal kesihatan fizikal dan minda seseorang.
Di dalam badan manusia , terdapat 7 cakra yang terletak sepanjang tulang belakang ke atas kepala. Kesemua 7 cakra mempunyai sifat-sifat yang berlainan dan juga melambangkan fungsi-fungsi yang berlainan. Pengaliran tenaga melalui cakra harus bergerak lancar kerana ia mengawal kesihatan badan kita.
Ajaran cakra boleh difahami dari 2 perspektif
1. Kelakuan / persona seseorang , iaitu pemikiran , perasaan , emosi , fahaman diri ( self awareness) , daya cipta dan lain lain.
2. Kesihatan fizikal, dimana kita mengkaji kelemahan pada badan, dan mengira indeks kesihatan.
